Categories: Covid-19MELAKA

RM2.43 juta insentif kepada kumpulan sasar terjejas COVID-19

AYER KEROH 20 Mac — Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan kira- kira RM2.43 juta bagi pemberian bantuan khas kepada kumpulan sasar yang tejejas akibat wabak COVID-19 di negeri ini.

Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan pemberian insentif itu adalah sebagai penghargaan dan keprihatinan pihak kerajaan negeri terhadap kumpulan sasar yang terbabit.

“Bagi penjaja dan peniaga kecil yang terjejas mereka diberikan pengecualian sewa tapak untuk Mac dan April serta bayaran lesen tahunan bagi tahun 2020 dengan implikasi kewangan masing- masing sebanyak RM1.04 juta dan RM0.90 juta.

“Manakala bagi peruntukkan khas kepada petugas ‘Frontliners’ Kesihatan kerajaan negeri mencadangkan pemberian sumbangan elaun makanan serta pembelian peralatan asas masing-masing berjumlah RM0.39 juta dan RM0.10 juta,” katanya.

Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali semalam dilaporkan berkata Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji lebih terperinci insentif yang akan diberikan kepada mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 di negeri ini.

Beliau berkata, insentif itu bakal diberikan terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil di negeri ini yang memperolehi sumber pendapatan dari hasil perniagaan.

Susulan pandemik COVID-19 yang merebak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula kelmarin hingga 31 Mac depan.

Nur Saliawati Salberi

Leave a Comment
Share
Published by
Nur Saliawati Salberi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago