RM1 juta bangunkan pertanian fertigasi IoT untuk belia, petani

AYER KEROH 31 Jan. – Kerajaan negeri bakal memperluaskan sektor pertanian menggunakan Sistem Fertigasi ‘Internet of Things’ (IoT) sekali gus memperkasa pertanian negeri ke arah penggunaan teknologi moden.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, IoT yang diperkasakan melalui sektor itu mampu dimanfaatkan golongan belia mahupun petani.

Jelasnya, faktor kekurangan tanah bagi menjalankan pertanian mampu diatasi dengan inisiatif terbabit melalui kaedah penanaman beg poli.

“Dengan menggunakan IoT dalam pertanian ini, penggunaan kaedah penanaman beg poli boleh digunakan dengan kaedah penggunaan sabut kelapa dan kemudiannya petani cuma perlu menggantungnya sahaja.

“Apa yang menarik, IoT ini mampu dikawal menggunakan sistem telefon pintar yang dikawal oleh sistem pengesan yang dipasang pada batang dan akar pokok.

“‘Sistem IoT amat mudah digunakan dan begitu konsisten dalam pertanian kerana ia efektif malah tuaian yang diihasilkan begitu memuaskan.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta buat golongan petani khususnya belia di luar sana bagi memanfaatkan inisiatif yang mampu membawa pulangan hebat buat mereka.

“Bagaimanapun, bagi pemohon yang mempunyai tanah melebihi lima ekar akan ditawarkan sistem fertigasi IoT ini namun bagi pemohon yang tidak mempunyai tanah pula akan ditawarkan sistem fertigasi secara manual,” katanya ketika ditemui MelakaKini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Norhizam, sistem yang bakal diperkenalkan itu mampu memberi manfaat kepada petani bagi meraih keuntungan tanpa menggunakan perkhidmatan ‘orang tengah’.

Jelasnya, kebanyakan sektor pertanian hari ini menggunakan kaedah terbabit menyebabkan hasil yang diterima kurang memuaskan.

“Penggunaan sistem fertigasi ini mampu menjadikan proses menjual beli lebih telus dan peraih juga boleh membeli secara terus kepada petani.

“Perkara ini akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi pertanian di negeri ini malah paling penting harga pasaran jualan sayur-sayuran dan buah-buahan akan menurun malah mampu dikawal,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago