Categories: AntarabangsaMELAKA

Riau diisytihar darurat jerebu, IPU melebihi 500

JAKARTA, 24 Sept – Provinsi Riau diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500.

Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa.

Memetik media tempatan, Syamsuar berkata pemerintah Riau kini menyediakan tempat pemindahan sementara yang kondusif terutamanya untuk anak-anak dan wanita hamil.

Sementara itu Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI), Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun, berlepas ke Pekanbaru pagi ini, bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung keadaan pelajar Malaysia di provinsi itu.

Sejak 13 Sept lepas, kualiti udara di provinsi Riau dan Jambi dikategorikan sangat tidak sihat.

Pelajar Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Pekanbaru telah diarahkan bercuti sejak 13 Sept lepas. Terdapat seramai 214 pelajar Malaysia di universiti tersebut.

Manakala Universitas Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin di Jambi yang mempunyai 110 pelajar Malaysia juga dilaporkan telah diarahkan bercuti.

Difahamkan sejumlah pelajar telah pulang sementara ke Malaysia.

Difahamkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Wisma Putra dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan perbincangan di Kuala Lumpur, bagi proses pemindahan pelajar Malaysia.

– BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago