Categories: MELAKAPBT

Riadah tidak kira lapisan masyarakat, usia

TELOK MAS 17 Dis. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan RM450,000 bagi membina sebuah taman permainan di Taman Seri Telok Mas di sini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Mansor Sudin berkata, usaha tersebut sebagai kemudahan kepada penduduk setempat untuk beriadah tanpa mengira lapisan masyarakat dan usia.

Menurutnya, pembinaan taman tersebut hanya mengambil masa tidak sampai dua bulan dibina selepas perbincangan pembinaan dijalankan Ogos lalu.

“Walaupun ia tidak besar dan luas tetapi kemudahan yang ada sangat mencukupi untuk tujuan beriadah khususnya bersama keluarga.

“Saya sangat menggalakkan penduduk di sini memanfaatkan taman ini sebaik mungkin,” katanya.

Majlis perasmian Taman Permainan Taman Seri Telok Mas disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Tambah Mansor, reka bentuk taman permainan tersebut berkonsepkan moden minimalis, elegan, bersih dan kemas.

“Kita telah bahagikan ruang aktif dan separa aktif bagi semua golongan.

“Ia turut dilengkapi laluan pejalan kaki, laluan basikal kanak-kanak yang mana mampu menghidupkan aktiviti pembelajaran luar kelas di taman ini,” katanya inisiatif ini sebagai tanda prihatin MBMB terhadap keperluan penduduk di negeri ini.

MBMB turut meminta semua supaya menjaga sebaiknya taman permainan itu sekali gus menyokong #Kempenrumahkita.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago