Categories: MELAKAWarga Emas

`Reunion’ setelah 4 dekad

BACHANG 16 Okt. – Seramai 45 bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Hilir sesi 1969-1975 tidak menyangka dapat bertemu semula selepas lebih empat dekad terpisah.

Pengerusi penganjurnya, Tam Chiew Mun berkata, pertemuan itu diadakan dalam satu majlis reunion yang julung kali diadakan di Hotel King ‘s Green baru baru ini.

Menurut Chiew Mun, paling menarik, apabila masing-masing mengenakan kemeja T dengan lencana sekolah yang lengkap and setiap bekas pelajar sekolah itu berpeluang berucap di khayalak bekas guru-guru mereka.

“Majlis perjumpaan ini dirancang sejak beberapa bulan lalu melalui kumpulan aplikasi WhatsApp,” katanya ketika ditemui hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut termasuk bekas guru, Datuk Kian Sit Har, Rahman Hadi, Lee Yat Nam, Ong Siok Lay, Logumbal dan Ustaz Kazmin.

Sit Har ketika ditemui gembira bukan sahaja dapat bertemu dengan rakan sekerjanya tetapi juga dengan setiap 45 bekas pelajarnya.

Menurut seorang bekas murid, Dr. Wee Tuan Hong, walaupun terpisah 44 tahun lalu tetapi kemesraan tetap utuh apabila masing-masing rancak berbual sesama mereka.

Antara bekas pelajar kelas tahun 1975 termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri di Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik, Dr. Chong Aun Kee dari Hospital Melaka dan Datuk Dr. Baharuddin Puteh.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago