Reunion satukan bekas pelajar SKBC

Reunion satukan bekas pelajar SKBC

Reunion yang mengeratkan silaturahim

BUKIT CINA 10 Julai – Program Reunion Jalinan Kasih 67-77 menjadi medium menyatukan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit China (SKBC) Melaka.

Wakil jawatankuasa program, Ramlee Yahya berkata, usaha tersebut diharap dapat mengeratkan kembali silaturahim dalam kalangan bekas pelajar sekian lama terpisah.

“Hari ini kita berkesempatan bertemu rakan-rakan dan peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk bertanya khabar, berkongsi cerita dan lain-lain,” katanya kepada MelakaKini.

Jelas Ramlee, program diadakan di Hotel Tun Fatimah Riverside itu julung kali dianjurkan.

“Terdapat juga aktiviti minum petang, cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati kepada bekas guru terlibat.

“Pendekatan ini diharap dapat mengenang kembali kenangan suka duka yang pernah dilalui semasa bersekolah dahulu.

“Ia menjadi kenangan manis tidak dapat dilupakan dan moga hubungan ini akan kekal ke akhir hayat,” katanya lebih 30 bekas pelajar SKBC menghadiri program itu.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS