Categories: MELAKAPBT

Restorasi dan pemulihan bangunan bersejarah bakal beroperasi semula Mei 2020

BANDARAYA MELAKA 29 Nov. – Sebanyak 26 unit bangunan bersejarah di Jalan Laksamana telah dibangunkan semula bagi tujuan restorasi dan pemulihan konservasi sekali gus mengekalkan binaan yang terdapat di bangunan terbabit.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Mansur Sudin berkata, projek yang dijalankan mengikut fasa itu telah bermula sejak tahun 2017 sebagai fasa pertama membabitkan 12 unit telah dibaiki dan dibangunkan semula.

Katanya, bangunan lot kedai berdekatan Bangunan Stadhuys tersebut perlu dibangunkan semula bagaimanapun pengekalan sebagai kawasan konservasi di kawasan teras utama Tapak Warisan Dunia Bandaraya Melaka Bersejarah perlu dikekalkan disebabkan mempunyai ciri peninggalan sejarah tertentu.

“Bagi fasa berikutnya sebanyak 14 unit sedang dibaiki dan ini telah melengkapkan sebanyak 26 unit di kawasan terbabit telah dipelihara dibawah kuasa MBMB.

“Fasa kedua yang dibina sejak awal tahun lalu dijangka akan beroperasi menjelang Mei 2020 dengan kos peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

“Pembangunan di kawasan ini adalah mengikut tatacara yang ditetapkan agar ia masih mengekalkan reka bentuk sedia ada dan buat masa ini projek ini hampir 70 peratus sedang berjalan.

“Setelah ia siap dibina MBMB akan mengekalkan peniaga yang sama bagi beroperasi seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pembinaan Bangunan Tapak Warisan Dunia, di Jalan Laksamana, di sini pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir, Datuk Tey Kok Kiew.

Dalam pada itu, menurut Mansor, sebaik bangunan berkenan siap dibina sebuah pertemuan antara peniaga terlibat akan diadakan bagi memberi pendedahan penjagaan rapi bangunan terbabit.

“Sebuah pertemuan akan diadakan dan MBMB akan menerangkan kepada peniaga terlibat agar mematuhi setiap garis panduan untuk menjaga dan memulihara bangunan khazanah ini.

“Kita akan menerangkan mereka apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan dan mereka tidak boleh menambah atau menaik taraf bangunan ini tanpa mengikut garis panduan dan kebenaran MBMBM.

Perkara ini perlu dipandang serius agar memastikan keunikan dan tinggalan khazanah terhadap bangunan bersejarah ini,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago