Respons segera aduan orang ramai – Sofi

DURIAN TUNGGAL 22 Okt. – Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Wahab menggesa agensi kerajaan dan syarikat korporat memberikan maklum balas segera terhadap segala aduan yang dikemukakan orang ramai.

Tegas beliau, terdapat banyak rungutan dari masyarakat berhubung perkhidmatan awam yang ditawarkan agensi kerajaan.

“Mereka akan sentiasa membuat aduan dan laporan jika terdapat masalah membabitkan perkhidmatan awam.

“Bagaimanapun, ada yang memberitahu kepada saya sesetengah aduan disampaikan tidak mendapat maklum balas segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sofi memberi contoh masalah melibatkan gangguan bekalan air yang perlu diberi maklum balas yang pantas.

“Jika aduan tersebut mengambil masa untuk diselesaikan,perkara itu perlu dimaklumkan kepada pengadu.

“Apabila ia sedang diproses atau sudah siap, boleh juga beritahu kepada mereka. Ini penting supaya pengadu tidak tertunggu-tunggu,” katanya.

“Notis berkaitan masalah tersebut harus disampaikan secepat mungkin, ini kerana rakyat perlu bersedia apabila ia berlaku.

“Dan apabila mereka tidak mendapat maklumat tepat dan lambat, sudah tentu mereka akan marah dan tidak berpuas hati,” katanya.

Ujar Mohd Sofi, perkara seperti ini perlu diambil serius bagi memastikan perkhidmatan agensi tersebut dapat ditingkatkan.

“Kesulitan dialami masyarakat hanya mencemarkan nama baik agensi atau syarikat terlibat.

“Justeru baiki dan beri perkhidmatan terbaik supaya kita terus mendapat aduan positif bukannya negatif,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago