Categories: Antarabangsa

Remaja Palestin maut dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza

RAMALLAH, 13 Nov. – Seorang remaja Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, memetik Kementerian Kesihatan Palestin pada Rabu,lapor agensi berita Sputnik.

“Remaja Palestin itu terbunuh akibat serangan Israel di tengah Semenanjung Gaza. Mangsa dikejarkan ke Hospital Al-Aqsa Martyrs, tetapi disahkan meninggal dunia kemudian,” menurut kenyataan kementerian.

Pertempuran antara Israel dan Hamas semakin memuncak pada Selasa selepas serangan udara Israel membunuh komander tertinggi Jihad Islam Palestin, Baha Abu al-Ata, yang mencetuskan serangan balas.

Lebih 190 roket dibedil oleh pejuang Palestin ke arah Israel. – BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago