Rebut peluang Skim Pembiayaan Usahawan Tani RM20,000

AYER KEROH 11 Feb. – Kerajaan negeri melalui Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (PPMSB) memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Tani bagi membantu individu yang berminat menceburi diri dalam bidang pertanian.

Melalui skim ini, individu yang layak diberi peruntukan pembiayaan bantuan modal permulaan projek pertanian dari RM20, 000 dan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun secara bulanan selain dikenakan hanya 5 peratus caj pengurusan daripada nilai pembiayaan setiap tahun.

Pihak PPMSB juga turut membuka peluang kepada pemohon yang berminat untuk mengadakan usahasama (venture capital) bagi projek pertanian cadangan selain individu yang layak juga akan dipilih berdasarkan latar belakang dan kertas kerja yang dibentangkan.

Permohonan skim dibuka kepada warga Malaysia berusia antara 18 hingga 40 tahun dan mempunyai sijil program latihan teknikal yang dianjurkan dan diiktiraf jabatan/agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan dengan projek pertanian yang dicadangkan.

Selain pemohon juga perlu menyediakan satu kertas kerja mengenai cadangan projek tanaman yang ingin dijalankan selain mempunyai atau tidak kawasan untuk projek pertanian yang dicadangkan.

Individu yang berminat menyertai Skim Pembiayaan Usahawan Tani boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat PPMSB atau menghubungi talian 06-2636800/06-2633550 untuk sebarang pertanyaan dan tarikh tutup pemohonan pada 29 Februari ini.

Nur Saliawati Salberi

Leave a Comment
Share
Published by
Nur Saliawati Salberi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago