Categories: MELAKA

RALAT

AYER KEROH 10 Jan. – Melakakini memohon maaf di atas kesilapan tajuk berkaitan tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiarkan pada akhbar Melakakini edisi 10 Januari hingga 16 Januari 2020.

Tajuk berkenaan sepatutnya berbunyi “Ahli politik antara 43 tangkapan SPRM sepanjang 2019” dan bukannya “SPRM tangkap 43 ahli politik sepanjang 2019.”

Bagaimanapun isi kandungan laporan berkenaan memaparkan hanya seorang ahli politik ditangkap daripada 43 tangkapan yang dilakukan.

Pengarah SPRM Melaka, PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi menafikan berlaku tangkapan ke atas 43 ahli politik di Melaka sepanjang tahun.

Jelas beliau, hanya seorang ahli politik ditangkap berkaitan kes rasuah di negeri ini pada tahun lalu.

Kesulitan yang timbul ekoran kesilapan tajuk laporan berkenaan amat dikesali.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago