Categories: NASIONAL

Rakyat Perlis diseru mainkan peranan pastikan usaha kerajaan tercapai

PADANG BESAR 29 Feb.  Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru rakyat di negeri itu agar turut sama memainkan peranan masing-masing dalam memastikan usaha kerajaan tercapai.

“Saya berharap pertumbuhan ekonomi negeri akan berkembang, kukuh, sejahtera dan terus maju,” titah baginda ketika merasmikan Pesta Angin Timur 2020 (PAT 2020) di Jalan Lintasan Tengah, Kampung Oran, Mata Ayer dekat sini hari ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Dr Noor Zari Hamad.

Baginda bertitah Perlis merupakan sebuah negeri yang indah dengan pemandangan alam semula jadinya, oleh itu, semua pihak perlu sama-sama mengambil tanggungjawab dan berganding bahu menjaga keindahannya termasuk infrastruktur serta kemudahan yang telah disediakan di destinasi pelancongan.

“Marilah kita bersama-sama memastikan kebersihan, keselamatan dan kekayaan budi bahasa rakyat negeri ini terus diperkukuhkan,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin turut bertitah penganjuran PAT 2020 kali kelapan mampu mencapai objektif menyerlahkan keunikan aktiviti seni dan budaya masyarakat negeri itu sebagai antara produk pelancongan budaya serta terus merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, sekali gus mempromosi Tahun Melawat Perlis 2021.

“Saya percaya Pesta Angin Timur Perlis ini mampu mendekatkan masyarakat dengan aktiviti seni budaya tempatan yang mempunyai keunikan yang tersendiri, sekali gus memupuk pembangunan industri kreatif dalam pelbagai bidang seni budaya negara melalui penglibatan masyarakat luar bandar,” titah baginda.

Baginda berharap program itu dapat diteruskan pada tahun yang akan datang kerana penganjuran sebelum ini telah memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan.

— BERNAMA

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago