Categories: MELAKA

Raja Muda Selangor sampaikan sumbangan Aidilfitri

PANTAI PUTERI 6 Mei – Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM16,200 kepada Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) di sini sebentar tadi.

Sumbangan itu merupakan peruntukan dari Yayayan Islam Darul Ehsan (YIDE) terhadap institusi itu.

Tengku Amir yang tiba kira-kira jam 12.20 tengah hari telah disambut oleh Ketua Menteri, Adly Zahari.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Azman Aziz; Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Darul Ehsan, Datuk Bakhtiar Hussin.

Turut hadir, Pengerusi RAYSAS, Datuk Wira Yaakob Md. Amin dan Timbalannya, Datuk Nor Adibah Abdullah; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir serta Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Nurhani Salwa Jamaluddin.

Sementara itu, YIDE menerusi kenyataan medianya berkata, yayasan itu telah menjalinkan kerjasama dengan Pasaraya Hari-Hari untuk pengagihan kupon kepada anak yatim di RAYSAS melibatkan RM6,000 dengan masing-masing menerima kupon RM100 seorang.

YIDE turut komited menyampaikan sumbangan ke RAYSAS tahun ini yang telah memasuki tahun kelima yang sebelum ini adalah dibawah tanggungjawab Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“YIDE juga memperuntukkan hampir RM1.2 juta setahun, bagi menjayakan program bersama anak yatim melibatkan seluruh daerah di Selangor dan di Raysas.

“YIDE amat berbesar hati, jika terdapat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor, syarikat swasta dan juga individu yang sudi menginfaqkan sumbangan bagi membantu anak yatim bagi meraikan hari lebaran yang akan datang,” kata kenyataan itu.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago