NORMALA gembira Restoran Asam Pedas Anak Babah berjaya pikat penggemar asam pedas untuk datang menjamu selera.

MALIM 11 Julai – Diakui terlalu banyak restoran dan kedai makan seluruh negeri ini menjual makanan Melayu Melaka paling popular iaitu asam pedas.

Namun, tidak semua restoran dan kedai makan memenuhi citarasa dan selera kita yang menginginkan asam pedas yang sedap, segar dan benar-benar rasa asam pedas.

Para peniaga tampil dengan resipi asam pedas masing-masing dalam memikat selera orang ramai.

Hidangan asam pedas memang tidak pernah gagal menarik minat orang ramai untuk dinikmati sepanjang zaman.

Jika anda penggemar asam pedas, apa kata anda cuba masakan Asam Pedas Anak Babah terletak di Taman Bertam Perdana menghala ke Jalan Pulau Gadong.

Mula beroperasi sejak dua bulan lalu, restoran Asam Pedas Anak Babah diusahakan Normala Ismail, 45, dan suami, Syukri Monel, 52.

Dibuka setiap hari mulai jam 6 petang hingga 12 tengah malam, Asam Pedas Anak Babah menyajikan pelbagai jenis asam pedas termasuk asam pedas kambing dan asam pedas telur ikan.

Antara asam pedas lain ditawarkan kepada penggemar asam pedas adalah asam pedas daging dan tetel, asam pedas ikan pari, ikan kembung, ikan tenggiri, ikan cencaru, kepala ikan dan asam pedas ayam.

Kata Normala, setiap hidangan asam pedas dijual pada harga RM10, kecuali asam pedas ikan tenggiri dijual RM12 semangkuk.

Asam Pedas Anak Babah dihidangkan dengan nasi putih lengkap ulam-ulaman, ikan kering (ikan masin), telur asing dan sambal belacan.

“Ikan-ikan yang dimasak asam pedas ini ikan segar laut yang kami beli terus dari nelayan di persisir pantai Melaka di Tanjung Kling,” katanya kepada MelakaKini, baru-baru ini.

Normala berkata, dia terlibat membuka restoran asam pedas ekoran mahu melebarkan perniagaannya di mana dia sebelum ini terlibat sebagai usahawan otak-otak dan satar.

“Saya terjun dan buka kedai makan jual asam pedas kerana mahu orang ramai memiliki pilihan yang banyak untuk menikmati gulai ini.

“Asam Pedas Anak Babah 100 peratus resipi saya sendiri, semangat meluaskan lagi empayar perusahaan saya dapat dari bapa saya dan suami yang sentiasa menyokong dan bantu saya,” katanya yang dibantu pekerja terdiri saudara dan anak-anaknya.

Kepada pembaca MelakaKini Normala boleh dihubungi di talian 012-633 3618 untuk pertanyaan lanjut.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago