Rai TBC tidak kira bangsa – Ginie

Rai TBC tidak kira bangsa – Ginie

ALOR GAJAH 8 Feb. – Masyarakat berbilang kaum di negeri ini disaran meraikan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) dalam suasana harmoni.

Exco Wanita, Kebajikan & Pembangunan Luar Bandar, Ginie Lim Siew Lin berkata, ia sekali gus menunjukkan keistimewaan serta keunikan masyarakat di negara ini.

Menurutnya, masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan usia perlu mengukuhkan perpaduan bagi membina kekuatan bersama.

“Ia sebagai usaha memajukan negara terutama dalam suasana menyambut TBC.

“Perlu diingat bahawa perpaduan antara kaum, semangat muhibah, sikap tolak ansur, sifat bermuafakat penting untuk meningkatkan kejayaan dan kemajuan negara,” katanya.

Ginie berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Tahun Baharu Cina Machap Baru 2019 di SJKC Machap Baru, baru-baru ini.

CATEGORIES