Puting beliung landa tiga kampung di Klebang

KLEBANG 30 Okt. – Sebanyak 11 rumah dan sebuah perpustakaan desa rosak teruk apabila dipukul ribut dipercayai puting beliung yang melanda tiga kampung di Klebang, kelmarin.

Tiga kampung terbabit ialah Kampung Pinang, Kampung Batang Tiga dan Kampung Balik Buluh.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batang Tiga, Azlan Osman, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika kebanyakan penduduk sedang tidur.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dialami penduduk kampung terlibat.

“Di Batang Tiga ada empat rumah berserta satu perpustakaan desa dan bilik kaunseling milik Sekolah Rendah Arab (SRA) JAIM Batang Tiga Timur mengalami kerosakan.

“Saya difahamkan ada lima rumah lagi mengalami kerosakan di Kampung Pinang dan dua di Balik Buluh.

“Berdasarkan maklumat penduduk, kejadian ini berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang pada pagi Isnin yang membawa puting beliung dari arah laut.

“Kerosakan yang berlaku banyak melibatkan bumbung serta atap genting yang terbang dibawa angin namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui.

Hadir sama melawat kawasan terjejas ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck.

Pada lawatan itu, Gue Teck menyampaikan sumbangan berbentuk barangan kepada penduduk yang dilanda musibah.

Gue Teck berkata, buat masa ini pihaknya telah memaklum dan menghantar laporan kepada pejabat daerah untuk menilai tahap kerosakan dialami sebagai salah satu usaha membantu penduduk terjejas.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Nursheha Mohd Hadzri yang turut melawat kawasan SRA Batang Tiga Timur berkata, pihaknya akan memperuntukkan RM5,000 bagi membaiki bumbung luar sekolah yang ranap ditiup angin itu.

Menurutnya, proses baik pulih mungkin memakan masa hampir sebulan sebelum siap sepenuhnya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago