Pusat sehenti peminat permotoran

MASJID TANAH 17 Okt. – Penubuhan portal www.toowheel.com diharap dapat dijadikan pusat sehenti bagi peminat sukan permotoran di negara ini.

Pengerusi Kumpulan Too Wheel, Shahrul Azuwar Abd Aziz berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli di seluruh negara bermula tahun hadapan bagi mengangkat nama Malaysia dalam sukan permotoran yang disukai ramai sejak berpuluh tahun lalu.

Menurutnya, melalui portal tersebut, pelbagai perancangan dan aktiviti jual beli barangan serta aksesori permotoran lebih tersusun.

“Objektif Too Wheel adalah untuk menggabungkan semua yang berkaitan sukan permotoran dalam satu platform dengan lebih tersusun dari segi penampilan, imej, maklumat dan sebagainya.

“Langkah ini akan memudahkan pengguna mendapat maklumat dan membeli barangan yang berada di depan mata,” katanya ketika majlis perasmian portal tersebut, di sini, baru-baru ini.

Jika berjaya mencapai sasaran ahli yang ditetapkan, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan untuk mengembangkan portal tersebut di peringkat antarabangsa.

“Buat masa ini kita memberi fokus dalam negara terlebih dahulu dan akan fikirkan untuk kembangkannya di seluruh dunia. Yang penting buat masa ini, produk yang akan dipasarkan berjaya mendapat tempat dan sambutan orang ramai.

“Selain aktiviti jual beli, Too Wheel akan mempromosikan konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan mencipta pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pelbagai jaringan termasuk pihak kerajaan, swasta, universiti, pelajar institusi pengajian tinggi dan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik.

Untuk rekod, toowheel.com merupakan sebuah portal yang terbuka kepada semua pemilik kenderaan beroda sama ada dua atau empat tanpa mengira kelas dan jenis sebagai rujukan kepada pemilik kelab mengenai sebarang aktiviti yang dirancang dan dianjurkan.

Portal tersebut turut menyenaraikan nama-nama kelab permotoran yang ditubuhkan di negara ini sekali gus menjadikannya platform kepada penggemar sukan permotoran untuk saling bertukar pandangan, pengalaman dan berkongsi aktiviti.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago