Categories: MELAKA

Pusat Islam An Nur PMM perlu RM90,000 beli karpet baharu

MERLIMAU 27 Dis. – Pusat Islam An Nur Politeknik Merlimau Melaka (PMM) melancarkan wakaf karpet bagi kegunaan pusat Islam tersebut.

Pengerusinya, Mohamad Faizal Ahmat berkata, projek Wakaf Karpet itu dilaksanakan bagi meningkatkan keselesaan ruang solat di Pusat Islam An-Nur PMM.

Menurutnya, ruang dan tempat yang kondusif diperlukan bagi memberi keselesaan para jemaah melaksanakan ibadah.

“Ia adalah tempat utama bagi melaksanakan solat lima waktu buat para pelajar dan kakitangan PMM.

“Karpet baru itu sekali gus memudahkan pelaksanaan program pelajar seperti Pertandingan Tilawah Al-Quran, Sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dan lain-lain,” katanya.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengarah PMM, Rosli Hamid di PMM, baru-baru ini.

Mohamad Faizal berkata, karpet sedia ada di Pusat Islam berusia hampir 15 tahun dan sudah tidak sesuai digunakan lagi.

“Justeru, idea bagi mewujudkan wakaf karpet ini memberi keperluan dan keselesaaan jemaah menunaikan solat.

“Diharap pihak yang ingin mewakafkan karpet boleh berhubung terus dengan saya atau jawatankuasa yang dilantik,” katanya Pusat Islam memerlukan RM90,000 lagi bagi pembelian karpet baharu tersebut.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago