Categories: Aduan RakyatMELAKA

Pulau Besar antara ‘hotspot’ pembiakan babi hutan

PULAU BESAR 8 Nov.- Populasi babi hutan atau lebih dikenali sebagai spesis Sus Scrofa di Melaka kian membimbangkan dengan peningkatan sekali ganda, menurut laporan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Perhilitan negeri, Hasdi Husin berkata, peningkatan sekali ganda itu melibatkan sebanyak 437 ekor babi hutan dihapuskan dalam 123 operasi sepanjang tahun ini sejak Januari hingga Oktober.

Katanya, bukan sahaja populasi meningkat, kawasan tumpuan spesis babi hutan ini turut direkodkan di 10 kawasan di daerah Melaka Tengah, 12 kawasan di daerah Jasin dan 8 kawasan di daerah Alor Gajah.

“Kita menerima lebih 125 aduan melibatkan 30 lokasi tumpuan babi hutan ini yang mengganggu ketenteraman penduduk di taman-taman perumahan berhampiran hutan seperti di Semabok, Bukit Katil, Padang Temu dan Masjid Tanah.

“Disebabkan aduan meningkat, kerjasama yang dihulurkan oleh kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban kami di Perhilitan giat dilaksanakan operasi membasmi haiwan liar itu bagi mengurangkan populasi haiwan tersebut.

“Peningkatan sekali ganda itu disebabkan jenis babi hutan ini cepat membiak dan babi ini kebiasaannya bergerak dalam kumpulan di mana akan ada induk (babi dewasa) diikuti anak-anak babi untuk bergerak mencari makanan dan habitat lain jika kawasan mereka diganggu dan kebiasaannya satu kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Kawalan Basmi Babi Hutan Konflik di Pulau Besar, semalam.

Hadir sama, Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Aidi Mohamad.

Hasdi berkata, Pulau Besar merupakan salah satu lokasi tumpuan pembiakan haiwan liar yang membimbangkan yang dianggarkan antara 80 hingga 100 ekor dan membabitkan lima hingga enam kumpulan babi hutan mendiami pulau berkenaan.

“Dalam berpuluh ekor, hanya dua atau tiga ekor sahaja dalam satu-satu kumpulan berjaya ditembak mati kerana kepantasan babi hutan,” katanya.

Dalam operasi tersebut seramai tujuh anggota Perhilitan terlibat dalam membasmi babi hutan di Pulau Besar sejak kelmarin hingga hari ini.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago