DUA tahun menyepi tanpa karya terbaharu, kini penyanyi Indah Ruhaila tampil menerusi single terbarunya berjudul Pudar.
Menariknya, Pudar diangkat sebagai salah satu lagu tema utama yang melatari drama bersiri ‘Nur 2’ yang disiarkan di slot Samarinda TV3 sejak 2 April lalu.
Lagu mengambil genre balada ini merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer berbakat Amylea Azizan.
Amylea yang turut bertindak sebagai penerbit rakaman memberikan sentuhan magisnya menerusi susunan muzik lagu itu..
Lebih dinamik apabila lagu dilontar pelantun lagu Percayalah ini disampaikan penuh penghayatan olehnya sekali gus menjentik jiwa pendengar.
Baru saja dilancarkan 29 Mac lalu, Pudar telah berjaya tersenarai dalam senarai Lagu Top Trending di pelantar ‘streaming’ muzik Joox.
Sementara itu, Indah terharu dengan reaksi positif semua pihak terhadap lagu itu.
“Ternyata tidak silap taruhan saya kali ini. Saya bersyukur kerana mempunyai jodoh dengan lagu ini. Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam OST drama Nur musim pertama.
“Atas sebab kesihatan dan jadual tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Namun sudah tertulis memang rezeki saya untuk mendendangkan lagu ini,” katanya terusik dengan melodi dan lirik Pudar pertama kali mendengarnya.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment