Categories: NASIONAL

Prototaip kereta nasional ke-3 siap, kata Dr M

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Dr Mahathir Mohamad berkata, prototaip kereta nasional ke-3 sudah siap, tetapi ia tidak akan didedahkan kepada umum.

Perdana menteri berkata, kerajaan sedang berusaha memastikan kenderaan itu sensitif kepada alam sekitar dan bertindak balas mengikut keadaan untuk mengelakkan pemandu melakukan kesilapan.

“Kami mempunyai kapasitinya, tetapi kami memerlukan pelaburan,” katanya selepas melancarkan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking serta timbalannya, Ong Kian Ming.

Mahathir turut menggesa sektor swasta mengeluarkan kereta yang boleh dieksport, tetapi kerajaan tidak akan membiayai projek itu.

Beliau berkata, Malaysia terbuka untuk kerjasama dengan China, Korea Selatan dan beberapa negara Eropah dalam pengeluaran kereta nasional ke-3 kerana terdapat kemajuan teknologi di negara berkenaan.

Malaysia, katanya juga sedar mengenai pencemaran alam sekitar apabila bercakap mengenai pembuatan kereta.

“Kita tidak mahu mencemarkan alam sekitar dan kerana kereta digunakan secara meluas, kita perlu memastikan kereta baru yang kita hasilkan tidak mencemarkan udara.

“Dan ini tentunya bermakna kenderaan hibrid dan elektrik.”

Mahathir mencadangkan projek kereta nasional ke-3 kerana berpendapat Proton bukan lagi kereta nasional selepas dijual kepada Zhejiang Geely Holding Group pada 2017.

Tahun lalu, media melaporkan sebuah syarikat milik Bumiputera yang berpangkalan di Cyberjaya akan bertanggungjawab membangunkan kereta nasional ke-3.

DreamEDGE Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2007, dilaporkan mungkin membangunkan Kenderaan Elektrik Penambah Jarak (REEV) yang merupakan antara matlamat NAP diperkenalkan lebih sedekad lalu.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago