Promosi Pantai Siring dipertingkat

SERKAM 16 0gos – Kerajaan Melaka akan menggandakan usaha promosi terhadap Pantai Siring agar menjadi salah satu destinasi pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, Pantai Siring mempunyai potensi pelancongan yang baik ekoran kedudukannya sangat hampir dengan Pulau Besar.

Menurutnya, bagaimanapun usaha tersebut memerlukan kolaborasi antara Majlis Perbandaran Jasin, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin serta pemilik tanah di kawasan itu.

“Kita sedia maklum kawasan ini milik persendirian. Jadi kerjasama semua pihak sangat penting untuk pastikan kawasan ini dapat dibangunkan,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di sini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hassan, Yang diPertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mustafa Ali dan Penyelaras DUN Serkam, Muhammad Khomeini Kamal.

Tambah Adly, inisiatif tersebut termasuk meningkatkan infrastruktur di pantai itu.

“Lebih ramai pengunjung ke sini, lebih banyak perkara perlu diberikan perhatian.

“Antaranya jalan raya, kemudahan awam dan paling penting menjaga kebersihan pantai,” katanya.

Pada lawatan itu, Adly turut meluangkan masa beramah mesra bersama masyarakat di Pantai Siring dan menyampaikan lesen MPJ kepada peniaga medan selera di sini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago