Categories: MELAKAPELANCONGAN

Promosi Kraf Malaysia platform strategik

ANTARA kraf tangan yang boleh dijadikan cenderahati dan hiasan.

BANDARAYA MELAKA 12 Ogos – Penganjuran Promosi Kraf Malaysia merupakan platform terbaik bagi pengusaha-pengusaha kraf tempatan mempromosikan produk mereka.

Menurut sumber Facebook, promosi yang diadakan di AEON Bandaraya itu bermula 9 hingga 12 Ogos, sekali gus memberi peluang usahawan tempatan khususnya dalam seni kraf tangan membuka pasaran yang lebih luas.

Bermula seawal jam 10 pagi hingga 10 malam, ia bukan sahaja dapat membantu mereka (usahawan kraf) meraih pendapatan menerusi jualan langsung, malah juga pasaran luar.

Pada masa sama, pengusaha kraf dapat mempamerkan kraf mereka kepada umum selain berpeluang bertemu dengan pengusaha-pengusaha kraf yang lain di bawah satu bumbung.

Pelancong yang datang juga berkesempatan membeli produk kraf yang dijual sebagai kenangan, cenderahati mahupun hiasan rumah.

Antara aktiviti diadakan sepanjang promosi itu seperti demonstrasi kraf iaitu anyaman rotan, mencanting & mewarna batik, batik ikat celup dan ukiran kayu.

Selain, interaktif kraf bagi Mini Batik Blok serta Tie & Dye, jualan kraf seperti Mechatech Enterprise (laser craft), Old Town Clog Shoes (terompah), Rranbio Enterprise (Karbon Organik), TMF Batek (Batik Canting), Nurilham Teknik Resources (laser craft) dan Three R Programme (shawl tie & dye)

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago