Categories: KebajikanMELAKA

Projek Mesra Rakyat TNB bantu 2 keluarga sambut TBC di rumah baharu

MACHAP JAYA 14 Jan. – Dua rumah usang di kawasan Machap Jaya kini berwajah baharu selepas ia dibaik pulih hasil inisiatif Projek Mesra Rakyat Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2019.

Keluarga yang menerima bantuan berkenaan ialah Goh Cheng Hoe dari Kampung Permai, Machap Umboo Baru dan Chin Cheng Tong dari Machap Baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata, TNB memperuntukkan sebanyak RM25,000 bagi membaiki setiap rumah yang sebelum ini agak usang dan berbahaya untuk diduduki.

Tambahnya, bantuan itu juga memberi sinar baharu buat dua keluarga berkenaan menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

“Terima kasih kepada TNB atas sumbangan dan peruntukan untuk meneruskan Projek Mesra Rakyat TNB secara tahunan yang mana daripada projek ini kita dapat lihat rumah yang dahulunya usang, kini telah dibaik pulih dan dicat baharu.

“Saya yakin inisiatif yang dilakukan ini akan memberi galakan dan semangat buat dua keluarga ini meneruskan kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.

“Saya berharap projek ini akan diteruskan bukan sahaja dari pihak TNB tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) yang lain agar mereka yang susah dapat merasai kepedulian daripada masyarakat sekali gus membantu golongan ini meneruskan keberlangsungan hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui merasmikan Projek Mesra Rakyat TNB, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad.

Mengulas lanjut, Ginie yang juga Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, Projek Mesra Rakyat dari TNB itu diberi keutamaan kepada golongan susah tanpa mengira kaum, agama dan bangsa, melalui kerjasama TNB dan kerajaan negeri, kriteria pemilihan dilihat dari sudut faktor sosio ekonomi, pendapatan dan umur.

“Kita sedar yang memerlukan memang ramai tapi menjelang Tahun Baru Cina ini kita beri tumpuan kepada bangsa Cina terlebih dahulu bagi membolehkan mereka menyambut perayaan di rumah yang lebih selesa dan selamat untuk diduduki,” katanya lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago