ADLY bertanyakan sesuatu berkaitan pembangunan KLIP kepada pegawai T.A.G Marine sambil diperhatikan Aminuddin dan Noor Mustafa Kamal.
ADLY bertanyakan sesuatu berkaitan pembangunan KLIP kepada pegawai T.A.G Marine sambil diperhatikan Aminuddin dan Noor Mustafa Kamal.
KUALA LINGGI 26 Jun – Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan untuk meneruskan pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) di Muara Sungai Linggi, tetapi ia perlu penilaian yang lebih teliti.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, kajian teliti akan dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu sebelum keputusan dibuat.
Aminuddin berkata, pihaknya perlu ambil kira kesan dari proses tambakan kerana ia melibatkan Sungai Linggi yang juga merupakan sumber utama air untuk Negeri Sembilan.
Menurutnya, beliau tahu bahawa Sungai Linggi ini kawasan tadahan air dan beliau ada perancangan mahu membesarkan kawasan tadahan air ini untuk jangka panjang.
“Jadi, kita nak pastikan tiada kesan kepada kawasan ini agar tidak menjejaskan air.
“Kita juga mahu jaga para nelayan agar tiada gangguan untuk mereka ke laut mencari rezeki.
“Proses penambakan juga kita perlu pastikan tiada hakisan dan kesan sampingan terhadap alam sekitar,” katanya.
Aminuddin berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Taklimat Pembangunan Pelabuhan Kuala Sungai Linggi di Muara Sungai Linggi oleh T.A.G Marine Sdn. Bhd. di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Linggi di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Menteri, Adly Zahari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim; Pengarah Urusan T.A.G Marine, Datuk Wira Noor Mustafa Kamal Yahya serta wakil-wakil agensi Melaka dan Negeri Sembilan.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment