Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, projek itu tidak akan dihentikan kerana ia merupakan antara tawaran Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah sampah yang kritikal di negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri akan melihat semula perkara yang telah dibincangkan bersama kerajaan Pusat melaksanakannya secepat mungkin.
“Ini bukan isu kecil, Melaka telah menghadapinya sejak dulu lagi dan kita memang harapkan proses pelupusan sisa pepejal ini menggunakan teknologi canggih dan kita sedang usahakan ke arah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Penerangan Pelaksanaan Projek Smart Meter Melaka di Hotel Equatorial di sini, Khamis lalu. Hadir sama, Pengarah (Projek Bil Pintar) Bahagian Rangkaian Pengedaran TNB, Datuk Ir. Mohandass S. Nair.
Mengulas lanjut, Adly yakin pembinaan insinerator itu adalah jawapan kepada persoalan kepada isu sampah di negeri ini.
“Saya yakin ia akan menyelesaikan isu ini, kerana itu yang kita tawarkan dan pemprosesan sampah sedia ada tidak dapat menangani masalah ini,” katanya.
Tahun lepas, kapasiti tapak pelupusan sampah di Sungai Udang dilaporkan mampu bertahan beberapa bulan sahaja lagi walaupun baru beroperasi kira-kira dua tahun.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment