Categories: MELAKA

Program Youth For Unity 15 Mac depan

AYER KEROH 5 Feb. – Kerajaan Negeri Melaka bakal menganjurkan program Youth For Unity pada 15 Mac depan.

Program berkenaan yang akan dianjurkan secara bersama oleh portdolio Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Majlis Gabungan Belia Melaka(MGBM) dan Melaka Youth itu bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan belia.

Jelas Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, program itu yang turut mendapat kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri (JBS) itu merupakan cadangan Yang diPertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

“Kita sedar bahawa perpaduan sentiasa menjadi keutamaan buat negeri ini.

Jadi, melalui program ini kita akan berikan kesedaran dalam kalangan belia agar sentiasa memelihara keharmonian dan perpaduan.

“Program ini sebenarnya merupakan cadangan daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob sendiri.

“Jadi, kita merasakan ia adalah cadangan yang bernas dan akan laksanakan melalui gabungan beberapa agensi dan akan diadakan pada 15 Mac depan,” katanya.

Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang program berkenaan ialah Youth For Unity Fun Walk sejauh tiga kilometer yang akan diadakan di Taman Seribu Bunga pada jam tujuh pagi.

Dalam pada itu, beberapa aktiviti lain turut dijangka dianjurkan.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago