KEMAS Kampung Tun Razak tawar 6 latihan kemahiran

KEMAS Kampung Tun Razak tawar 6 latihan kemahiran

Masyarakat perlu ambil peluang tambahkan ilmu kemahiran

AYER KEROH 23 Okt. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengadakan pelbagai latihan dan kursus kemahiran untuk masyarakat setempat terutama kaum wanita.

Kursus yang diadakan di Pusat Latihan KEMAS Kampung Tun Razak di sini melibatkan enam bidang utama iaitu masakan, jahitan, dandanan diri, pendidikan kesejahteraan keluarga, seni tangan dan komputer antara kegiatan yang dijalankan.

Permohonan mengikuti kelas kemahiran KEMAS boleh dibuat terus di kelas-kelas kemahiran berdekatan dengan pendaftaran sebanyak RM10 dengan yuran bulanan mengikut keputusan jawatankuasa aktiviti kelas.

Sesi kelas diadakan setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Kumpulan sasar yang mengikuti kelas anjuran KEMAS itu melibatkan golongan belia, surirumah dan ibu tunggal.

Bagi tujuan itu, satu Program Santai KEMAS bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee diadakan di Pusat Latihan KEMAS Kampung Tun Razak, jam 3 petang esok.

Program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tun Razak itu untuk memberi peluang kepada ADUN melihat dan melawat kesemua pelatih di bawah KEMAS disamping mengeratkan hubungan antara pemimpin bersama rakyat.

Pusat Latihan KEMAS Kampung Tun Razak menempatkan lebih 20 pelatih dan tiga tenaga pengajar.

CATEGORIES