Categories: MELAKA

Premis menjual makanan perlu patuhi arahan

AYER KEROH 18 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengarahkan semua premis yang menjual makanan di negeri ini dibenarkan beroperasi tetapi hanya melalui kaedah bungkus dan bawa balik (take away).

Arahan itu selaras dengan Perintah Kawalan & Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 untuk tempoh berkuatkuasa hari ini hingga 31 Mac depan.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Mansor Sudin berkata, premis menjual makanan tersebut juga boleh menggunakan ejen-ejen penghantaran seperti Grab Food, Foodpanda dan seumpamanya.

“Pelanggan tidak dibenarkan untuk makan dan minum di dalam premis makanan tersebut.

“Langkah-langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan mengelakkan penularan wabak Covid-19 (koronavirus) hendaklah disediakan dan dipatuhi semua premis menjual makanan tersebut,” katanya dalam notis pemberitahuan di laman media rasmi Unit Media MBMB.

Tegasnya, pemilik premis perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan itu sehingga 31 Mac atau suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan.

“Kegagalan mereka mematuhi peraturan ini akan menyebabkan lesen boleh dibatalkan majlis dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Manakala, bagi peniaga di pasar malam dan pasar tani mereka diarahkan tidak beroperasi bermula hari ini sehingga tarikh yang ditentukan,” katanya lagi.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago