PPSPM hantar pasukan ke Kampar International Dragon Boat Festival 2019

PPSPM hantar pasukan ke Kampar International Dragon Boat Festival 2019

Selamat maju jaya PPSPM!

PASUKAN Perahu Naga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menghantar pasukannya pada Kampar International Dragon Boat Festival 2019 (KIDBF) yang berlangsung di Pekan Baru, Indonesia bermula dari 18-21 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Azlan Abidin berkata, PPSPM mengambil inisiatif untuk menghantar pasukan perahu naga pada festival tersebut yang bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada pasukan selain mempromosikan PPSPM, terutamany perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) di mata dunia menerusi acara sukan.

Katanya, pada masa yang sama memperkenalkan pasukan perahu naga PPSPM yang telah diwujudkan sejak 2014.

“Menerusi festival ini juga, kita berhasrat untuk mengundang peserta dari negara lain yang berada di sana untuk menyertai Pertandingan Bot Naga sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka Ke-13 2019 (FASM-13 2019) yang akan lberlangsung dari 20 November hingga 1 Disember ini.

“Ini kerana, acara perahu naga merupakan acara wajib yg diadakan pada FASM-13 nanti, lebih-lebih lagi tahun ini merupakan Tahun Melawat Melaka (TMM).

“Acara perahu naga ini juga akan diperhebatkan lagi pada tahun hadapan bersempena Tahun Melawat Malaysia tahun hadapan yang akan diadakan di Sungai Melaka Fasa 2 yang akan dibuka dalam masa terdekat “jelasnya.

Sehubungan itu ujar Azlan, pasukan perahu naga PPSPM dapat mengambil langkah positif untuk menjadikan penyertaan mereka pada KIDBF ini nanti sebagai lubuk menimba ilmu.

“Pada masa yang sama, penglibatan pasukan perahu naga PPSPM yang melibatkan semua unit yang ada di agensi ini akan dapat membina semangat penyatuan dalam memajukan PPSPM itu sendiri dalam memastikan konsistensi agar PPSPM akan terus maju di masa hadapan.

Ditanya sasaran kedudukan pasukan PPSPM pada KIDBF, Azlan memberitahu, beliau mensasarkan 10 kedudukan terbaik adalah memadai namun sekiranya menduduki lima terbaik, itu adalah suatu bonus kepada peserta mahupun PPSPM itu sendiri.

KIDBF 2019 yang berlangsung di Pekan Baru Indonesia akan disertai lebih 40 pasukan termasuk dari negara-negara ASEAN.

Oleh AZHAR YUSOF

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS