PPSPM edar lebih 400 bekas dodol

BANDA HILIR 26 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM) mengedarkan lebih 400 bekas dodol kepada orang ramai sepanjang Festival Makanan Melaka 2019 (MFF-2019) di sini baru-baru ini.

Demontrasi memasak dodol sempena MFF-2019 yang turut disertai kakitangan Menara Taming Sari Berhad (MTSB) itu mendapat perhatian pengunjung sehingga ada antara mereka turut sama mengacau makanan tradisi masyarakat Melayu berkenan.

Majlis perasmian MFF-2019 yang diadakan serentak dengan pelancaran ‘Visit Truly Asia Malaysia 2020’ peringkat negeri disempurnakan Exco Pelancongan, Warisan dan kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari.

MFF-2019 merupakan salah satu acara utama dalam kalendar pelancongan negeri Melaka yang dianjurkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri bagi memeriahkan (TMM-2019).

Program yang dikategorikan di bawah program subsektor Pelancongan Makan-Makan Negeri Melaka itu lebih berteraskan masakan dan kebudayaan melibatkan pelbagai kaum selain kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.

Terdapat lima segmen pada MFF-2019 iaitu, ‘Test of Melaka, Melaka Viral Food Festival, Melaka Handicraft Food Festival, Melaka Food Truck Festival & Melaka Vendor Festival’ yang bermatlamat memperkenal serta mempromosi keunikan makanan dan kebudayaan Melaka disamping dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menjana pendapatan.

Oleh: AZHAR YUSOF


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago