PPS Melaka ditutup sepenuhnya

PPS Melaka ditutup sepenuhnya

Syukur. Semoga negeri tercinta ini dijauhi dari sebarang malapetaka..

AYER KEROH 10 Julai- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Alor gajah ditutup pada jam 8.00 malam hari ini.

Sekretariat Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata dengan penutupan PPS berkenaan, maka semua pusat pemindahan di seluruh negeri ini ditutup sepenuhnya selepas beroperasi hampir seminggu.

SK Belimbing menempatkan seramai 45 mangsa membabitkan 6 keluarga pada jam 4.00 petang tadi, sebelum ditutup pada jam 8.00 malam susulan semua mangsa terjejas banjir sudah pulang ke kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun, pihak sekretariat sentiasa bersedia dan bersiap siaga melakukan pemantauan paras air sungai bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi MelakaKini, di sini, tadi.

Ahad lalu, beberapa kawasan di Alor Gajah dan Melaka Tengah dilanda banjir kilat berterusan menyebabkan hampir 2,000 penduduk di kawasan sekitar terjejas.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS