Categories: NASIONAL

Ponggal bukan perayaan keagamaan – Gobind

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa Ponggal bukan satu perayaan atau acara keagamaan.

Beliau berkata perayaan itu menandakan berakhirnya musim menuai dan menandakan kejayaan atau kemakmuran yang melimpah.

Beliau menarik perhatian bahawa perayaan itu telah lama diraikan di Malaysia.

“Ia harus dilihat sebagai satu acara untuk masyarakat kita mengeratkan talian persahabatan, menghormati budaya, menggalakkan perpaduan serta membina negara kita,” kata Gobind dalam hantaran di Twitter dan Facebook beliau hari ini.

Ponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago