Categories: Aduan RakyatMELAKA

Pondok buruk ‘syurga’ Razai & Norisah

MASJID TANAH 25 April – Hampir empat tahun mengenali antara satu sama lain dan waktu itulah juga, Mohamad Razai Sudin, 28, menjalani cara kehidupan sebagai seorang umat Islam sebenar.

Razai yang sudah menjadi ‘saudara baharu’ sejak 10 tahun lalu tidak pernah mengamalkan kehidupan sebagai umat Islam disebabkan tiada bimbingan dan budaya persekitarannya yang merupakan keturunan masyarakat Orang Asli.

Menurutnya, dia sanggup meninggalkan keluarganya di Batu 9, Sijangkang, Selangor dan mengikuti isterinya, Norisah Ahmad, 44, yang dikenalinya sejak bekerja sebagai Janitor di Kuala Lumpur.

“Hampir empat tahun saya kenal dia (isteri) dan dalam masa itulah dia bimbing saya mengenali Islam yang sebenarnya merupakan agama yang selamat, tenang dan menerapkan perpaduan.

“Dulu saya amalkan gaya hidup umpama masyarakat Orang Asli biasa dan saya sering minum (mabuk) malah diri saya seorang yang panas baran.

“Mujur saya mengenali Norisah dan mengahwininya setelah mendaftar sebagai umat Islam secara rasmi pada tahun 2017.

“Malah saya juga mengambil langkah untuk tinggal di tempat orang ini sebagai mempelajari pengalaman baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kehadiran Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyatie, pagi semalam.

Dalam pada itu, Razai berkata, pondok buruk yang dibinanya selama dua hari menggunakan lebihan papan lapis (plywood) itu merupakan lebihan papan yang diberikan rakan-rakannya.

Lebih menyedihkan, tiada saluran elektrik disalurkan ke pondoknya membuatkan dia terpaksa menggunakan elektrik jiran dengan menyalurkan pendawaian elektrik secara terus ke pondoknya.

“Kami tumpang elektrik orang sebelah dan akan bayar sekali bila cukup bulan, tapi kadang-kadang mereka tak minta cuma kita perlu tahu kalau dah pakai kenalah bayar.

“Kadang-kadang kalau tak cukup makan cukuplah sekadar nasi bersama pucuk ubi rebus yang di tanam sendiri dimakan bersama telur untuk kami berdua,” katanya.

Sementara itu, isterinya berkata, kedaifan yang ditanggung itu dihadapi dengan penuh kesabaran malah disebabkan kesempitan hidup dia terpaksa menyerahkan anaknya kepada orang lain.

“Tiga orang anak saya telah diserahkan kepada bekas suami, manakala seorang anak dilahirkan antara saya dan Mohamad Razai pula dah serah kepada kakak sejak enam bulan lalu sebab kami tak mampu nak sara mereka.

“Buat masa ini kami hanya mengarapkan bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

“Suami saya juga merupakan seorang OKU setelah terbabit dalam kemalangan beberapa tahun lalu dan membuatkannya terpaksa menggunakan lutut palsu.

“Perkara ini membuatkan dia tak boleh bekerja berat malah hanya mampu membuat kerja-kerja kampung seperti membersihkan ladang orang kampung.

“Kalau mohon kerja memang tak dapat sebab dia seorang OKU jadi dia hanya mampu buat kerja-kerja di sekitar kampung ini saja,” katanya.

Tambahnya, dia bersyukur kerana masih ada lagi yang prihatin dengan nasib mereka suami isteri dan telah membantu untuknya memohon rumah bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) baru-baru ini.

Pada masa sama, Mas Ermieyati berkata, pihaknya akan menyokong permohonan itu yang mana rumah berkenaan ingin dibina di atas tanah arwah ibu mereka selain akan melihat keperluan-keperluan lain yang boleh dibantu bagi keluarga itu.

“Saya difahamkan ini tanah arwah ibu salah seorang dari pasangan ini dan harap proses itu dapat dipercepatkan agar mereka dapat tinggal dalam rumah yang lebih selesa.

“Kerjasama di antara Majlis Perwakilan Komunti Kampung (MPKK) juga perlu bagi kita mengenal pasti insan-insan seperti ini untuk kita bantu,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago