Politeknik Merlimau johan pameran KIKHB’19

Politeknik Merlimau johan pameran KIKHB’19

Tahniah Politeknik Merlimau!!

MERLIMAU 11 Sept – Kumpulan HiREG Politeknik Merlimau Melaka (PMM) melakar kejayaan bagi rekaan papan permainan adaptasi daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW.

Kejayaan bagi kategori Bidang Sosial (Penciptaan atau Penambahbaikan) itu, sekali gus menjadikan kumpulan PMM johan kategori pameran dan dianugerahkan Pingat Emas.

Ketua Kumpulan HiREG, Mohamad Hasbullah Mustafa berkata, projek itu merupakan sebuah Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) Islamik berasaskan permainan yang dikenali Hijrah Rasulullah Education Board Game (HiREG).

“Produk ini berada di pasaran sejak Mei lalu dan semua 1,000 unit telah dijual dalam tempoh tiga bulan.

“HiREG telah melaksanakan proses hak cipta sebagai langkah perlindungan produk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Horizon Baharu Peringkat Kebangsaan 2019 (KIKHB’19) di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim, Kedah, baru-baru ini.

Pada konvensyen itu, sebanyak 41 pasukan menyertai pertandingan melibatkan Kategori Penyampaian Perkhidmatan dan Kategori Sosial.

PMM turut diwakili Kumpulan Hervullen dengan produk ‘Sensor Water Dispenser’ yang merupakan inovasi keperluan masa kini.

Projek inovasi itu membantu mengisi air dalam bekas mengikut kadar yang bersesuaian melalui sistem pengesan selain terdapat beberapa fungsi lain pada sensornya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES