Categories: Ketua MenteriMELAKA

Polisi kerajaan ditambahbaik

AYER KEROH 10 Mei- Genap pusingan kalendar setahun pentadbiran baharu di Melaka di bawah pimpinan Pakatan Harapan, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata antara perubahan yang membawa kebaikan adalah dengan menambah baik polisi kerajaan.

Katanya, antara polisi kerajaan yang diperbaharui adalah dengan menggunapakai slogan ‘Melaka Berwibawa’ sebagai langkah untuk mengembalikan kewibawaan Melaka.

“Selain itu, kita juga menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Negeri Melaka (MELCAT) yang turut dianggotai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang.

“Kita juga melantik ADUN Pembangkang mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri , mengehadkan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja, menstruktur semula syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah pun dilaksanakan dan menyusun semula enam jabatan yang mempunyai pertindihan fungsi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perhimpunan Khas Setahun Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri di bawah pimpinan PH, turut menubuhkan Institut Warisan Melaka (ISWA) bagi memartabatkan budaya dan warisan.

Jelasnya, kerajaan turut menubuhkan Institut Tun Perak sebagai pusat kajian strategik negeri dan kerajaan negeri dan menjadikan amalan untuk tidak lagi mempunyai kuasa dalam jawatankuasa tender.

“Kita juga menukar amalan memberi hadiah berupa wang tunai kepada bunga, buku dan makanan untuk diberikan sebagai tanda penghargaan di mana-mana majlis untuk menjauhi unsur-unsur rasuah,” jelasnya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago