Polis Malaysia dan Indonesia kongsi maklumat risikan banteras penyeludupan dadah

JAKARTA, 2 Julai – Polis Malaysia dan Indonesia mengambil pendekatan berkongsi maklumat risikan, bagi membanteras sindiket penyeludupan dadah, yang dilihat semakin membimbangkan kini.

Timbalan Direktor Divisyen Narkotik Polis Indonesia, Krisno Siregar berkata sepasukan polis Malaysia, yang diketuai Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Abdul Rahim Dolmat,  kini berada di Jakarta, khusus bagi membincang, mengambil pendekatan dan tindakan khusus menangai perkara itu.

Ia susulan beberapa kejadian penyeludupan dadah dari Malaysia, yang diseludup ke Indonesia sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, enam warga Malaysia ditahan disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah jenis syabu menggunakan kapal layar mewah.

Polis Indonesia menemui dadah jenis syabu seberat 37kg di dalam kapal layar Carron Layner , yang berlabuh di Dermaga Batavia Sunda Kelapa, Jakarta Utara, jam 9.30 malam pada 4 Jun lepas.

“Menerusi pertemuan ini, kami juga membincangkan kerjasama dengan pihak polis di 11 wilayah di Indonesia iaitu fokus kepada kawalan sempadan laut dan darat, dan perkongsian maklumat risikan,” katanya.

Beliau berkata polis Malaysia dan Indonesia sedar bahawa produk dadah yang diseludup ke Indonesia, bukannya berasal dari Malaysia.

“Dadah ini dipercayai dari Myanmar dan negara lain, dengan menjadikan Malaysia sebagai transit, sebelum diseludup ke Indonesia,” katanya.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago