Categories: ISUJENAYAHMELAKA

Polis buru pemilik akaun Facebook sebar khabar angin 2019-nCov

AYER KEROH 6 Feb. – Polis Melaka kini sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang didakwa bertindak menularkan kenyataan tidak sahih atau khabar angin mengenai wabak Novel Coronavirus (2019-nCov), di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, usaha mengesan pemilik akaun berkenaan giat dilakukan pihaknya.

“Kira- kira jam 11 pagi tadi laporan sudah dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di Balai Polis Durian Tunggal, Alor Gajah mengenai dakwaan dibuat.

“Susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu semalam, tular di media sosial status dimuat naik seorang individu menggunakan nama ‘Shahnol Sundara’ kononnya sebuah kapal dari Wuhan telah berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi secara senyap-senyap selepas tidak dibenarkan berlabuh di Singapura dan Pelabuhan Klang.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ismail Ali yang dihubungi mengesahkan pihak JKN telah membuat laporan polis namun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kapal terbabit yang tiba di Had Kuala Linggi hanya melakukan aktiviti ‘sign off’ lima anak kapal dengan pemantauan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah.

“Kesemua anak kapal terbabit terdiri daripada warga Greece dan Filipina.

“Oleh itu, berdasarkan rekod JLM, kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Geng Viral Melaka adalah bercanggah sama sekali,” tegasnya.

Nur Saliawati Salberi

Leave a Comment
Share
Published by
Nur Saliawati Salberi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago