POLAND: Sainis kesan mikroplastik di udara

POLAND: Sainis kesan mikroplastik di udara

Petanda bahaya ni..

WARSAW, 1 Okt – Saintis dari Krakow, sebuah bandar di Poland, mendapati terdapat penemuan mikroplastik di udara semasa musim sejuk, lapor agensi berita Xinhua memetik Polish Press Agency (PAP) pada Isnin.

Bahan pencemar udara itu ditemui menerusi penyelidikan yang dilakukan saintis dari Universiti Jagiellonian di Krakow.

Penemuan itu sesuatu yang mengejutkan memandangkan jumlah mikroplastik yang ditemui bersama dengan pencemaran habuk.

“Pada masa ini, produk plastik dibuat dari ribuan jenis polimer sintetik. Sekarang, kami belum melakukan analisis terperinci mengenai komposisi itu. Bagaimanapun, ujian menunjukkan serpihan yang terdapat kebanyakannya ialah plastik, serpihan kecil buatan manusia,” kata seorang saintis Universiti Jagiellonian Kinga Jarosz.

Apabila mikroplastik hadir dengan banyak di bumi menerusi udara, air dan ais, para saintis masih tidak pasti mengenai kesannya terhadap kesihatan manusia.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES