Categories: MELAKA

PMM gilap potensi kepimpinan murid SK Bukit Lintang

MERLIMAU 18 Mac – Pelajar disaran membina jati diri bagi meningkatkan daya ketahanan sama ada aspek rohani atau jasmani.

Pegawai Psikologi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Merlimau (PRSP), Mohamad Hasbullah Mustafa berkata, ia bagi menggilap potensi kepimpinan dalam kalangan pemimpin muda.

Katanya, penerapan elemen motivasi juga perlu bagi memberi inspirasi dalam kalangan pelajar tersebut.

“Justeru, kita wujudkan Program Kolaborasi Kepimpinan bersama Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Merlimau Melaka (PRSP PMM).

“Program ini melibatkan seramai 105 pemimpin murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang,” katanya pada program tersebut baru-baru ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMM, Mohd Nazri Ismail. Hadir sama, Guru Besar SK Bukit Lintang, Rohayati Baharom.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti slot kepimpinan pelajar, latihan dalam kumpulan, ceramah kepimpinan dan motivasi.

Ujarnya, program itu mampu membawa semangat keberanian dalam diri pelajar untuk berhadapan dengan masyarakat.

Sementara itu, Mohd Nazri berkata, program tersebut satu inisiatif sumbangan PMM kepada masyarakat secara tidak langsung mempromosi PMM sebagai salah satu institusi pilihan untuk melanjutkan pelajaran.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago