PMK jalin kolaborasi strategik 7 syarikat, agensi kerajaan negeri

PMK jalin kolaborasi strategik 7 syarikat, agensi kerajaan negeri

Usaha mendepani revolusi industri 4.0

BANDARAYA MELAKA 9 Okt. – Sebuah Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik telah diadakan antara Politeknik Melaka (PMK) dengan tujuh agensi dan pihak industri di negeri ini, baru-baru ini.

Pengarah PMK Charim Ibrahim berkata, kolaborasi membabitkan agensi kerajaaan negeri dan syarikat industri itu seiring dalam usaha mendepani revolusi industri 4.0 melalui kerjasama dalam pembangunan akademik, penyelidikan inovasi, perkongsian kepakaran serta pelbagai lagi.

Ujarnya, antara tujuh agensi terbabit termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Syarikat CTRM, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Jobs Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara(JKKN) Melaka.

“Faedah utama melalui kolaborasi ini ialah perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang keperluan industri melalui penglibatan pakar daripada pihak industri.

“Ini juga akan memastikan silibus dan kurikulum yang ditawarkan di PMK kekal relevan dan selari dengan perubahan teknologi semasa. Kolaborasi yang dijalankan ini sekali gus merekodkan PMK merupakan sebuah institusi yang telah menjalinkan kerjasama sebanyak 49 agensi setakat ini.

“Melalui program ini juga akan membuka peluang penuntut untuk menjalankan latihan industri dan projek tahun akhir di industri berkenaan, seterusnya membuka peluang untuk syarikat memilih graduan yang berpotensi untuk terus diserap berkhidmat dengan mereka,” katanya.

Majlis menandatangani sijil kerjasama yang diadakan baru-baru ini telah dirasmikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES