Categories: MELAKA

Planetarium terbakar lagi

PLANETARIUM terbakar sekali lagi dan berjaya dikawal dalam tempoh 15 minit.

AYER KEROH 13 Jun – Planetarium Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang terbakar dan berjaya dipadamkan pada 23 Mei lalu, dilaporkan terbakar sekali lagi tengah hari semalam.

Difahamkan, kebakaran berpunca dari kerja-kerja kimpalan, ekoran asap dapat dilihat dari jarak jauh.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Melaka, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.51 pagi dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada kira-kira jam 12.06 tengah hari.

ANTARA kawasan kebakaran yang dapat dilihat.

“Bantuan tiga jentera telah dihantar ke lokasi kejadian melibatkan dua balai bomba dan penyelamat iaitu Balai Ayer Keroh dan Balai Bukit Katil dengan kekuatan 15 anggota,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan struktur dilaporkan.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago