Categories: EkonomiMELAKA

PKNM Energy sebagai penyelaras dan pemacu sektor minyak, gas dan tenaga di Melaka

MELAKA 14 Okt – Pada 9 Oktober yang lepas, satu mesyuarat inisiatif dari PKNM Energy Sdn Bhd telah diadakan bagi memperkenalkan PKNM Energy Sdn Bhd sebagai anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bagi sektor industri minyak, gas dan tenaga kepada pihak PETRONAS Southern (PSO) dan Liquefied Natural Gas Regastification Terminal Sungai Udang (RGTSU).

Mesyuarat itu juga turut membincangkan isu jeti penumpang di perairan Selat Melaka dan pergerakan pekerja RGTSU di jeti tersebut.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Ir. Ridhuan Affandi Abu Bakar itu juga turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Energy, Niezam Abd Rahman, Pengurus Besar PSO, Sazli Zakaria dan Ketua RGTSU, Rozali Khamis.

Hasil perbincangan tersebut, Ir Ridhuan Affandi yang juga selaku Pengerusi PKNM Energy menyatakan bahawa PKNM Energy bersedia untuk membina sebuah jeti bagi memudahkan pergerakan pekerja RGTSU.

Selain itu, PETRONAS Southern juga menyambut baik cadangan yang turut dikemukakan oleh PKNM Energy untuk membantu projek Turn Around PETRONAS yang akan datang.

Perihal ini dijelaskan oleh Niezam bahawa PKNM Energy kini mempunyai fasiliti yang dapat menempatkan parkir untuk kenderaan berat bagi projek ‘Turn Around’ tersebut.

Mesyuarat yang diadakan di Menara MITC tersebut dijangka akan menjadi salah satu titik tolak untuk menambah lagi peluang kepada Kerajaan Negeri Melaka bagi menyokong dan menyertai lebih banyak aktiviti minyak, gas dan tenaga di Negeri Melaka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago