Categories: MELAKA

PKNM Energy lancar Program Persijilan Profesional

AYER KEROH – PKNM Energy kini giat merancang dan menjalankan program Persijilan Profesional melalui kempen ‘Sistematik Tunggak kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan’.

Program Persijilan Profesional tersebut terdiri daripada pensijilan antarabangsa yang ditawarkan seperti ‘Certificate in Basic Engineering’ oleh ‘City & Guilds Institute of London’, ‘Certificate in Plant Maintenance’ (City & Guilds Institute of London) dan ‘International Health and Safety Passport’ diiktiraf oleh Engineering Construction Industry Training Board (ECITB), United Kingdom.

Program ini menepati visi dan misi PKNM Energy untuk membantu dan membangunkan anak-anak negeri Melaka.

Seramai 24 calon yang telah melepasi saringan dan piawaian yang ditetapkan selain turut menjalani sesi temuduga yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) pada 9 Januari lepas.

Calon yang berjaya melalui sesi temuduga tersebut kemudiannya akan menjalani sesi latihan dan praktikal selama 5 bulan.

Program ini juga merupakan usahasama di antara PKNM Energy dan Serba Dinamik dalam usaha membantu calon-calon dengan nilai tambah di dalam kepakaran dan skil, selain dari pelajaran formal yang sedia ada.

Semoga niat murni melalui usahasama ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat buat rakyat Negeri Melaka malah akan berkembang untuk seluruh Malaysia.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago