Categories: MELAKA

PKNM Energy giat perkasa nilai modal insan

AYER KEROH 13 Sept. – PKNM Energy telah mengorak langkah bagi memperkasakan nilai modal insan apabila bakal menganjurkan Program ‘Smart Learning and Development’ yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Energy, Niezam Abd Rahman menjelaskan program berkenaan merupakan salah satu inisiatif PKNM Energy bagi mendokong dan menyambut baik hasrat Kementerian Sumber Manusia di dalam memperkasakan modal insan yang meliputi aspek pengetahuan, kemahiran tinggi dan keupayaan melalui latihan teknikal yang menawarkan sijil-sijil professional kepada pelatih-pelatih yang terlibat.

“Program Smart Learning and Development ini mensasarkan beberapa bidang utama yang terdiri daripada bidang pembinaan, kejuruteraan dan penyelenggaraan menerusi konsep keselamatan dan persekitaran kesihatan yang berkualiti.

“Hal ini bagi memastikan setiap latihan yang diberikan dapat memenuhi keperluan dan kehendak industri pada masa ini.

“Tambahan pula, dapat menjamin kualiti pembelajaran yang lebih efektif yang boleh diguna pakai sewaktu bekerja serta menjamin peluang pekerjaan yang lebih meluas di dalam mahupun di luar negara selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan PETRONAS menerusi program-program seperti TVET dan VISTA,” katanya menerusi satu kenyataannya baru-baru ini.

Sebelum itu, satu mesyuarat khas yang melibatkan kesemua sembilan penyedia latihan telah diadakan baru-baru ini bagi merencanakan program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Mesyuarat yang diadakan di Menara MITC itu dihadiri oleh Pengurus Besar CIDB Bahagian Penyeliaan dan Pengurusan Kecekapan, Heryanti Helmi bersama-sama wakil daripada setiap penyedia latihan yang ada.

Program anjuran PKNM Energy itu melibatkan sembilan penyedia latihan yang terdiri daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Akademi Laut Malaysia (ALAM), Serba Dinamik Sdn Bhd, MKRS Bumi (M) Sdn Bhd, Ipetro Services Sdn Bhd, Insol Consultancy Sdn Bhd, Semi Malco Sdn Bhd, SNR Consultants Enterprise dan TECS Fire and Safety Training Pte Ltd.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago