Pink Diamond dibeli guna wang 1MDB

Pink Diamond dibeli guna wang 1MDB

KUALA LUMPUR 13 April- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat bukti jejak kewangan transaksi pembelian ‘pink diamond’ bernilai RM95 juta (AS$23 juta).

PDRM menyangkal penafian isteri Mantan perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian ‘pink diamond’ yang tular di laman sosial.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia KPN Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik mengesahkan perkara tersebut.

“Terdapat bukti jejak kewangan (money trail) transaksi pembelian berlian merah jambu tersebut bernilai US$23 juta daripada seorang peniaga barang kemas di New York.

“Pembelian tersebut dengan menggunakan wang syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

“Walaupun berlian tersebut gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun bukti terkumpul jelas membuktikan wujud transaksi pembeliannya,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media berhubung isu terbabit hari ini.

CATEGORIES