AYER KEROH 25 Okt. – Kerajaan Melaka akan membuka skim pinjaman perumahan di bawah dana hartanah bumiputera kepada rakyat negeri ini yang layak bermula 1 November ini.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pinjaman untuk perumahan pertama itu bukan sahaja untuk anak negeri ini yang berumur antara 21 hingga 60 tahun, bahkan ia juga akan dibuka kepada mereka yang telah bermastautin lebih lima tahun di negeri ini.
Jelasnya, terdapat dua kategori pinjaman yang dibuka iaitu pembiayaan penuh dan pembiayaan pendahuluan bagi mereka yang ingin membeli rumah kos rendah dan Rumah Harapan Melaka di bawah harga RM100,000.
“Pembiayaan penuh akan diberikan kepada pembelian rumah berharga RM50,000 ke bawah seperti rumah kos rendah atau rumah pangsa.
“Selain itu kita juga membuka pembiayaan penuh kepada mereka yang ada baki pinjaman perumahan di bawah RM50,000. Sebagai contoh mereka beli rumah RM70,000 dan ada baki lagi bawah RM50,000, jadi, mereka boleh buat pinjaman penuh.
“Untuk pinjaman pendahuluan pula, kita akan beri pinjaman pendahuluan sebanyak 10 peratus untuk meringankan beban mereka yang mahu membeli rumah pertama berharga dalam lingkungan RM50,000 hingga RM100,000.
“Ini model yang kita lakukan buat masa ini dan kita akan tambah baiknya dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Adly berkata, Amanah Finance House (AFH) bakal menjadi agensi yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman perumahan dan menentukan tempoh pinjaman untuk mereka yang layak.
Tambahnya, kadar faedah pinjaman perumahan yang ditetapkan ialah sebanyak 4 peratus.
“Faedah 4 peratus ini merangkumi 2 peratus untuk pengurusan AFH dan 2 peratus lagi untuk pengembangan dana tabung kerajaan negeri yang sangat penting untuk jangka masa panjang,” katanya.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment