Piala Kerk Chee Yee himpun 1,000 pemain futsal

Piala Kerk Chee Yee himpun 1,000 pemain futsal

Kira-kira 1,000 peminat sukan futsal dalam kalangan belia melibatkan 64 pasukan yang bakal beraksi..

AYER KEROH 13 Sept – Satu Liga Futsal Piala YB Kerk Chee Yee akan diadakan bersempena bulan sukan negara pada hari Sabtu, 19 September depan bertempat di Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Komuniti Krubong.

Liga tersebut akan menghimpunkan kira-kira 1,000 peminat sukan futsal dalam kalangan belia melibatkan 64 pasukan yang bakal beraksi.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee berkata penganjuran liga tersebut bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan belia.

Katanya, penganjuran liga tersebut juga sempena sambutan bulan negara dan mengiktiraf belia yang aktif dalam dalam arena futsal.

“Liga futsal ini menawarkan hadiah kemenangan kepada lapan pasukan terbaik kepada pasukan yang beraksi dan pertandingan ini akan mengikut pusingan kalah mati.

“Kesemua lapan pasukan terbaik akan menerima hadiah berupa wang tunai dan Juara liga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000, piala pusingan, piala iringan medal liga futsal, hamper dan sijil penyertaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Liga Futsal di sini, pagi tadi.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS