Categories: Ketua MenteriMELAKA

PH laksana banyak pembaharuan

AYER KEROH 25 Jun – Banyak pembaharuan dan pelaksanaan potifif dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meskipun belum cecah dua bulan usia kepimpinan kerajaan di negeri ini, menangkis persepsi negatif kononnya PH berdepan kesukaran melaksanakan peranan sebagai pentadbir.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, apa yang telah dilaksanakan dalam tempoh singkat ini membuktikan PH mampu melakukan lebih banyak dan lebih baik lagi pembaharuan sepertimana yang dijanjikan kepada rakyat.

“Mungkin tidak perlu tempoh lima tahun untuk melaksanakan semua yang kita rancang seperti bas percuma, kad sihat, rumah mampu milik, status tanah ‘leasehold’ kepada adat Melaka (MCL) dan sebagainya.

“Kita sedang mengusahakan seberapa banyak untuk memberi manfaat kepada rakyat dan tidak perlu lama.

“Kalau boleh, kita selesaikan dalam tempoh enam bulan atau setahun, kita selesaikanlah dan akhirnya manfaat ini juga untuk rakyat,” katanya.

Jelasnya, pentadbiran kerajaan baharu hari ini bukanlah pelaksanaan yang membawa maksud tidak bersedia, sebaliknya manifesto yang dilancarkan mengambil kira segala kemampuan dan kebolehkan pasukan PH itu sendiri.

“Kita ada tawaran kepada rakyat iaitu ’20 Janji dan 85 inisiatif’, ini antara dasar serta janji yang perlu kita laksanakan dan ‘kerusi’ Ketua Menteri ini adalah asas untuk kita bergerak.

“Kita tidak ada kebimbangan untuk bergerak kerana kita tahu kemampuan kita sebelum kita memberikan janji dan sebenarnya kita tahu rakyat mahu itu,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan sama, Adly turut positif terhadap pengurangan jumlah keuntungan yang sepatutya diperolehi kerajaan negeri menerusi beberapa pelaksanaan memandangkan usaha tersebut mendapat reaksi positif rakyat di negeri ini.

“Contohnya, parking percuma pada setiap Sabtu dan Ahad yang diputuskan kerajaan baru-baru ini, kerajaan sudah kenal pasti di peringkat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu sendiri yang kita akan kehilangan lebih kurang 1.9 juta ringgit bagi tempoh 11 bulan akan datang.

“Tetapi kerajaan positif mengenai jumlah kehilangan tersebut kerana hakikatnya wang sejumlah 1.9 juta itu telah dikembalikan semula kepada rakyat dibandingkan dengan pendapatan diperolehi MBMB itu sendiri.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago