PETRONAS cari jalan atasi masalah keselamatan di Taman Peruna

PETRONAS cari jalan atasi masalah keselamatan di Taman Peruna

Mujur pihak berkaitan komited mencari jalan penyelesaian..

SUNGAI UDANG 8 Okt- Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan mencari jalan penyelesaian terbaik berkenaan aduan kesesakan lalu lintas dan kawasan letak kenderaan pekerja kontraktornya di Taman Peruna di sini.

PETRONAS dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini berkata, kerja-kerja menaiktaraf loji penapisan minyak di Sungai Udang sedang dijalankan dan telah berbincang dengan semua pihak yang berkaitan sebelum projek menaiktaraf itu bermula sebelum ini.

Dalam perbincangan itu katanya, semua pihak terdiri daripada Polis Daerah Melaka Tengah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Mentagau (Taman Peruna), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta Kesatuan Rukun Tetangga (KRT) Taman Peruna telah mengambil maklum bakal meningkatnya jumlah kenderaan di sekitar Taman Peruna.

“Perbincangan itu juga secara kolektif turut melantik MPKK Bukit Mentagau dan KRT Taman Peruna bagi memantau serta menguruskan kawalan lalu lintas dan tempat letak kenderaan di kawasan berkenaan.

“Justeru, pihak PETRONAS akan terus berbincang dengan pihak-pihak berkenaan bagi menentukan jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

 

Artikel Berkaitan

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES